Pernahkah anda melakukan sesuatu pada anak di luar jangkaan anda? Inilah yang sering melanda para ibu di luar sana sekiranya anak anda tidak dapat dikawal sehinggakan menyebabkan anda berasa geram yang amat sangat. Masa ini Eira sedang melipat kain yang penuh di dalam bakul dan time nie jugakla dia turut sama 'melipat' kain yang entah ape-ape anakku ini buat sehinggakan bertaburan kain di atas lantai. Dia ape lagi seronok yang amat sangat sampai separuh badan di dalam bakul. Lalu Eira tidak tahan dengan gelagatnya itu, terus mencampakkan anakku ini di dalam bakul. Bila letakkan dalam bakul, Eira ingatkan dia menangis tapi bertambah seronok bermain di dalam terasa macam dalam kurungan.
Nurhan seronok bermain dalam bakul kesayangannya.
Muka kesian macam menagih simpati.
Berjaya memboloskan diri.
No comments:
Post a Comment