Sunday, 15 May 2011

Ku Menunggu Hari Esok...

Bunyi macam lirik lagu Rossa la pulak nk buat suspenla katakan. Ini bukan mengenai menunggu kekasih hati tapi menunggu hari untuk memulakan destinasi ke tempat tanah tumpah darahku yang amat dirindui iaitu Tanah Merah, Klate. Memang rindu sangat dengan kampung halaman walaupun ku ini sudah bergelar penduduk tetap di Kuala Lumpur. Rindu dengan masakan ibu dan makanan kelantan walaupun kat KL ade banyak masakan  selera Pantai Timur namun tak sama dengan kampung punyer masakan.

Esok pukul 8.30malam bersama anakku Izz Nurhan Azfar dengan ditemani suami menghantar kami di stesen KL sentral menaiki Keretapi Ekspres Wau. Ku bayangkan Nurhan boleh berkata-kata "Papai daddy, Nurhan nk bercuti dengan Mummy kat kampung jumpa tok abah dan tok ma. Daddy jaga diri elok-elok tau. Kalau rindu dekat Nurhan gan mummy, daddy jangan lupa call guna handset mummy tau!".

    Kenangan bersama tok ma di pusat karaoke, Puchong

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...