Thursday 21 June 2018

Kebaikan apabila melakukan rawatan muka sebagai rutin penjagaan wajah



Bilakah kali terakhir ANDA membuat rawatan muka? Bagi yang mementingkan kecantikan kulit wajah, pastinya teratur melakukan rawatan muka. Betul tak?

Facial muka merupakan salah satu rawatan wajah yang dilakukan agar wajahnya sentiasa nampak muda jelita dan berseri-seri.

Facial muka adalah rawatan kulit untuk muka yang dilakukan oleh juru kecantikan (Aestheticians) yang bertauliah. Tujuan facial muka dilakukan adalah untuk merawat, memulihkan dan mengekalkan kualiti kulit. Kebiasaannya rawatan facial muka adalah termasuklah analisa kulit, diikuti siri-siri pembersihan seperti pengelupasan, urutan muka, rawatan stim, rawatan menggunakan Facial Machine dan krim atau bahan pencerah kulit.

4 Manfaat Facial Muka antaranya;

1) Menjadikan Kulit Wajah Bersih Dan Lembab

Membersihkan wajah menggunakan cara yang biasa sebagaimana kita sering melakukannya setiap hari tidak akan mampu mengeluarkan kotoran yang sudah ada di dalam kulit kita.

Oleh itu, facial muka dapat menjadikan kulit muka kembali bersih dan lembab secara menyeluruh. Malahan, urutan pada wajah ketika melakukan facial muka dapat melancarkan aliran darah dan membantu menenangkan otot di bahagian muka dan kepala.

2) Membekalkan Nutrisi Pada Kulit

Ketika melakukan facial muka, pori-pori kulit muka akan terbuka sebelum disapukan krim rawatan. Hal ini menyebabkan kulit wajah lebih mudah untuk menyerap nutrisi yang terkandung dalam krim rawatan itu.

3) Pengelupasan Kulit Muka Yang Sempurna

Proses pengelupasan kulit dapat menanggalkan sel-sel kulit mati agar segera digantikan dengan sel kulit baru yang lebih sihat. Maka kulit tampak berseri-seri. Proses facial muka juga dapat merangsang produktiviti kolagen dan juga elastin sekaligus mengurangkan penghasilan kedutan.

4) Mencantikkan Kulit Wajah

Bahan-bahan yang digunakan dalam rawatan facial muka mampu menyerap jauh ke dalam kulit yang dapat melambatkan penuaan, mencerahkan warna kulit, sebagai antioksidan, memperbaharui sel-sel kulit yang mati dan juga merawat kulit yang bermasalah.

🌿 FEEL NATURAL, BE NATURAL 🌿

Sekiranya anda BERMINAT mencari 'MOBILE SPA' atau SPA BERGERAK ke rumah sekitar berdekatan Kuala Lumpur - Ampang - Ulu Kelang, boleh hubungi Kak Seri untuk temujanji.

☎ Jom buat temujanji sekarang di AuraEira Mobile Spa ke >>> 019-6555 764

⚠️ SILA BUAT TEMUJANJI AWAL

Maklumat lanjut, boleh juga lawati ;

🌐 Blogger : IniRezekiAku@blogspot.com
🌐 Instagram : @Muslimah_BeautyHealth
🌐 Instagram : @Muslimah_MobileSpa.KL
🌐 Facebook Page : Muslimah Mobile Spa KL - Ampang - Ulu Kelang

Semoga dilimpahi REZEKI yang barakah.
*آمِيّنْ..آمِيّنْ.. يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن*

No comments:

Post a Comment