Wednesday 4 July 2018

INGIN RAHSIA WAJAH KEKAL TEGANG, SIHAT DAN AWET MUDA?



Untuk mengekalkan kecantikan wajah tidak seharusnya mengeluarkan belanja yang besar dengan membeli pelbagai jenis produk kecantikan wajah. Tahukah anda, selain daripada mengenakan pelbagai krim pada wajah, urutan juga boleh membantu memperlihatkan wajah anda kelihatan lebih muda, sihat dan berseri.

Rahsianya adalah 'Botox Massage' atau lebih dikenali sebagai totok wajah. Totok wajah adalah untuk menggantikan rawatan wajah dengan bahan kimia seperti suntik botoks, pembedahan plastik atau sebagainya.

Terapi totok wajah adalah mencari titik tertentu dan kemudian mengurut dengan cara menarik kulit. Kuasa jari sememangnya lebih berkesan berbanding mesin. Ini kerana jari mempunyai aliran darah dan menimbulkan rasa suam apabila bertemu kulit.

Secara tidak langsung sekiranya dilakukan setiap dua minggu sekali akan dapati kulit menjadi lebih tegang. Malah, pembentukan V dapat dirasakan terutama pada bahagian dagu.

Ramai yang tidak tahu akan kebaikan apabila anda konsisten mengurut wajah. Ia tidak memerlukan peralatan atau belanja yang besar, cukup dengan beberapa langkah asas di dalam 10 minit sahaja. Jika anda tidak mempunyai masa untuk ke spa kecantikan, anda boleh lakukan langkah asas urutan wajah di rumah. 

KEBAIKAN URUTAN / TOTOK WAJAH DALAM RAWATAN MUKA

✓ Melancarkan peredaran darah. Salah satu mengapa wajah kelihatan kusam adalah kerana tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya. Apabila peredaran darah  menjadi lancar, ia akan membekalkan kandungan oksigen yang secukupnya di dalam liang-liang saraf  permukaan kulit wajah.

✓ Dapat menyingkirkan toksin atau kotoran yang tersembunyi pada sel-sel kulit. Selama ini, wajah anda sering terdedah dengan kotoran, debu, habuk, mekap yang tebal dan sebagainya. Ini akan menyebabkan liang pori tersumbat. Mungkin anda berpendapat, dengan membersihkan wajah kotoran sudah hilang. Ya benar, tetapi tidak salahkan jika anda melakukan sesuatu yang esktra untuk penjagaan wajah.

✓ Dapat memberikan rangsangan yang lembut dan kesan menenangkan pada wajah. Urat- urat wajah yang tegang juga boleh menyebabkan wajah anda cepat letih, tidak bermaya dan munculnya garis halus penuaan.

✓ Dapat menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Urutan pada kawasan mata, akan merangsang peredaran darah dan menghilangkan kesan mata panda.

✓ Rutin mengurut wajah ini juga  membuatkan sel-sel kulit menjadi lebih aktif agar ia mudah menyerap air dan kandungan sesuatu produk seperti pelembap dan serum.

✓ Dan yang pasti, urutan wajah akan buatkan wajah anda kelihatan lebih runcing dan kekal awet muda.

Kami di Muslimah Mobile Spa KL-Ampang-Ulu Kelang menawarkan harga promosi untuk urutan botox hanya RM45 SAHAJA! Jimat atau untung termasuk kos pengangkutan?

Anda semestinya jatuh chenta dengan urutan botox yang begitu menenangkan. Anda berminat untuk merasainya? Let's booking for the next slot 🤗

🌿 FEEL NATURAL, BE NATURAL 🌿

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh WhatsApp ke >> 019-6555 764

Dan sekiranya anda BERMINAT mencari 'MOBILE SPA' atau SPA BERGERAK ke rumah sekitar berdekatan Kuala Lumpur - Ampang - Ulu Kelang untuk rawatan muka berasaskan PRODUK 'BERRIES', boleh hubungi Kak Seri untuk temujanji.

RAWATAN MAMPU MILIK 'Deep Cleansing Facial' HANYA RM35 SAHAJA!!!

DEEP CLEANSING FACIAL
* (RM35 | 3 STEPS | 15 MINS)

1) Remove Makeup - Menanggalkan kesan solekan 'degil' dan membersihkan kulit wajah

2) Skrub Wajah (Exfoliation) - Menanggalkan sel kulit mati dengan mudah tanpa merosakkan kulit untuk penyerapan nutrisi yang lebih baik

3) Pembersih Wajah (Cleansing Soap) - Membersihkan pori-pori tersumbat dan kotoran pada kulit

* Using Roseberry Cleansing Milk & Cake Soap with Galvanic Machine

☎ Jom buat temujanji sekarang  ke >>> 019-6555 764

⚠️ SILA BUAT TEMUJANJI AWAL

Maklumat lanjut, boleh juga lawati ;

🌐 Blogger : IniRezekiAku@blogspot.com
🌐 Instagram : @Muslimah_BeautyHealth
🌐 Instagram : @Muslimah_MobileSpa.KL
🌐 Facebook Page : Muslimah Mobile Spa KL - Ampang - Ulu Kelang

Semoga dilimpahi REZEKI yang barakah.
*آمِيّنْ..آمِيّنْ.. يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن*

Sumber :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=233681107322040&id=165384587600841

No comments:

Post a Comment