Tuesday 17 July 2018

Fungsi Facial Mask dalam Penjagaan Wajah



Muka sebelum berpupur "Naked Face"



Scroll scroll scroll, cakkk! Tanjat mak gegurl. Hamboi, sempat lagi tue kat hotel pun jadi jugak nak bermasker bagai berpisah tiada. Apa kata luangkan sedikit masa berpupur sementara menunggu anak-anak bangun pagi dan makan free tak perlu bersiap nak memasak. Chef dah tolong masakkan. Huntong betul jadi sebahagian rakyat Selangor. Segalanya ditaja dari segi penginapan dan kursus tempoh hari. Nak atau taknak jea. Gitewww ceritanya!

Sebenarnya, Kak Seri nak bertanya soalan kepada #syantik lover. Mengapa anda perlu menggunakan facial mask setiap hari? Untuk memperbaiki kulit? Menjadikan kulit wajah lebih bersih tiada sebarang cela? Kelihatan lembap dan muda sentiasa?
Haa, ini jawapannya. 'Facial mask' mempunyai pembersihan mendalam yang mampu menyegarkan atau menyelesaikan kulit yang bermasalah. Walau bagaimanapun, tidak semua jenis facial mask boleh digunakan setiap hari. Terdapat 5 jenis facial mask yang perlu anda ketahui antaranya ;

1) Gel masks (Boleh digunakan setiap hari)

Terdapat banyak jenis facial mask yang sesuai untuk jenis kulit yang berbeza. Biasanya digunakan untuk melegakan kulit yang sensitif dan mempunyai kesan penyejukan. Jenis facial mask ini mungkin boleh digunakan setiap hari kerana ianya cukup lembut. Sudah tentu anda juga boleh menggunakan ia hanya sekali atau dua kali seminggu jika anda tidak berminat dengan penggunaan yang kerap.

2) Exfoliating masks (Boleh digunakan setiap hari)

Facial mask ini bertujuan untuk pembersihan dan pengelupasan, ianya membantu membersihkan kulit daripada pengumpulan sel kulit mati, yang akan membawa kepada masalah ataupun pertumbuhan bintik hitam. Facial mask ini jenis licin apabila digunakan dan biasanya dibiarkan kering selama 5 hingga 10 minit.

3) Sheet masks (Boleh digunakan setiap hari)

Mask jenis ini boleh digunakan kerap kerana ianya mampu menyuburkan kulit dan memberikan kulit anda lebih bertenaga. Selalu digunakan sebelum anda ingin ke majlis tertentu, anda mahu lembapkan muka sebelum mulakan mekap.

4) Moisturizing masks ( Sekali atau dua kali seminggu)

Mask ini tidak sesuai digunakan setiap hari, ianya hanya boleh digunakan sekali atau dua minggu sahaja. Bila anda gunakan facial mask ini, biarkan di muka antara 10 hingga 30 minit. Ianya berkesan untuk kulit kering kerana meningkatkan tahap kelembapan kulit. Oleh itu, jenis ini  mungkin tidak sesuai untuk kegunaan harian kerana ianya boleh menyebabkan kulit wajah menjadi lebih teruk jika digunakan secara berlebihan. Sekali atau dua kali seminggu adalah mencukupi melainkan jika kulit anda adalah sangat kering.

5) Homemade masks (Boleh digunakan setiap hari)

'Handmade Facial Mask' baik untuk kulit, malah boleh digunakan setiap hari. Sebelum anda buat facial mask sendiri, anda harus pastikan bahan tersebut berkhasiat dan sesuai dengan kulit wajah anda sebelum menggunakannya pada muka. Anda boleh cuba facial mask buatan sendiri seperti gunakan madu kerana ianya berkesan untuk kulit muka. Yogurt, baking soda, telur dan banyak lagi. Mungkin facial buah-buahan.

Haa, Kak Seri ingin #KongsiRezeki testimoni diri sendiri mengenai RoseBerry Mud Mask. Dengan kandungan lumpur laut mati, EO dan juga gabungan ekstrak 3 beri dan ekstrak rose organik. Inn Syaa Allah ia dapat berfungsi untuk mematikan jerawat, mencerahkan kulit, menegangkan kulit, mengurangkan pori-pori terbuka serta melembut dan menggebukan kulit.

Semenjak Kak Seri menggunakan mud mask nie, terasa muka lebih SIHAT, BERSERI & RUTIN PENJAGAAN itu lebih penting. Takdela kulit kusam tak BERMAYA. Maklumla, nak kulit bersih perlu konsisten tanpa bahan terlarang. Produk yang Kak Seri gunakan dijamin SELAMAT kecuali kulit anda yang sememangnya 'breakout' beralih kepada handmade products perlu rawatan yang sewajarnya. 

Kak Seri juga perlu ingatkan sebelum anda ingin menggunakan facial mask, anda perlu tahu kulit wajah anda jenis apa, jika anda mempunyai kulit sensitif maka anda perlu gunakan gel mask. Jika anda tidak pasti facial mask apa yang sesuai untuk kulit anda, anda boleh tanya kepada perunding kecantikan. Yang paling penting, anda perlu gunakan 3 step utama iaitu, cleanser, toner dan moisturizer.

🌿 FEEL NATURAL, BE NATURAL 🌿

Sekiranya anda BERMINAT mencari 'MOBILE SPA' atau SPA BERGERAK ke rumah sekitar berdekatan Kuala Lumpur - Ampang - Ulu Kelang, boleh hubungi Kak Seri untuk temujanji.

☎ Jom buat temujanji sekarang di AuraEira Mobile Spa ke >>> 019-6555 764

Atau WhatsApp terus melalui PAUTAN di bawah ;
📲 www.wasap.my/60196555764/MobileSpa
📲 www.wasap.my/60196555764/MobileSpa
📲 www.wasap.my/60196555764/MobileSpa

⚠️ SILA BUAT TEMUJANJI AWAL

Terima kasih di atas sokongan anda 'LIKE & FOLLOW' lawati laman Instagram, Blogger Page & FB Page ini;

🌐 Instagram : @Muslimah_MobileSpa.KL

🌐 Blogger Page : IniRezekiAku@blogspot.com

🌐 Facebook Page : Muslimah Mobile Spa KL - Ampang - Ulu Kelang

Semoga dilimpahi rezeki oleh-Nya. Ameen...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...