Monday 23 July 2018

Doa dan amalan seharian untuk anak-anak syurga



Di keheningan malam, terasa ketenangan di tengah kesibukan kotaraya. Anak-anak lena dibuai mimpi. Dalam hidup tiada apa yang paling bahagia bilamana melihat anak ceria & keterujaan mereka berubah angin dari #RumahkuSyurgaku ke suatu tempat yang berbeza.

Sekadar #KongsiIlmu kadangkala kita mungkin terlepas pandang dalam kesibukan menguruskan perihal anak-anak, perniagaan serta rumahtangga sehingga terlupa suatu doa yang diamalkan oleh nabi kita. Perkongsian Ilmu bermanfaat dari Ustaz Khaeril Anuar Darus Nlp ketika mengikuti Kursus Kekeluargaan tempoh hari.

Doa ini dibaca pada ubun anak-anak. Kalau anak perempuan, tukarkan faqihu kepada faqiha dan wa'alimhu kepada wa'alimha.

Satu lagi amalan yang diajarkan semasa kursus untuk anak-anak sebagai 'Terapi Qalbu'

*TELIPATI*

1. Duduk dengan tapak kaki rata ke mukabumi.

2. Tapak tangan di atas peha dengan jari jemari yg dirapatkan.

3. Pejamkan mata.

4. Baca apa sahaja samada tasbih, tasmid, takbir atau ayat2 Al Quran yg kita hafal.

5. Bayangkan wajah org yg akan kita sebut namanya di depan mata.

6. Senyum padanya.

7. Dia membalas senyuman kita.

9. Sebut namanya dan baca "mentera" ikut hajat masing2.
*_Namanya_ mesti/pasti _sebut hajat_ sekarang.*

*_4 perkataan jgn guna dlm hajat_*
*_JANGAN_*
*_TIDAK_*
*_BUKAN_*
*_TETAPI_*

Cth:
i. Ali *mesti* belajar mengaji AlQuran *sekarang*

ii. Fatimah *pasti* lulus periksa UPSR *sekarang*

10. Tengok dia mesti angguk.

11. Buka mata kita semula.

Inn syaa Allah, ilmu dapat dikongsikan & diamalkan bersama kepada yang belum mengetahui amalan ini. Ameen Ya Rabbal Alamin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...